KUALA LUMPUR: Pelabur asing memulakan minggu pertama 2024 dengan membeli bersih RM524.9 juta ekuiti Malaysia, meneruskan aliran masuk bagi minggu keempat berturut-turut.
MIDF Research berkata, pelabur asing mencatat aliran masuk setiap hari pada minggu lalu kecuali Selasa dengan jualan bersih RM23.3 juta.
Menurut firma penyelidikan itu, aliran keluar tertinggi diperhatikan dalam Inari Amertron Bhd (RM13.6 juta), MyEG Services Bhd (RM10.7 juta) dan Public Bank Bhd (RM7.9 juta).
“Sektor yang mencatatkan aliran masuk asing tertinggi adalah utiliti (RM208.9 juta), perkhidmatan kewangan (RM156 juta) dan hartanah (RM126.9 juta).
“Sementara itu, sektor dengan aliran keluar asing tertinggi adalah teknologi (RM69.4 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM64 juta),serta telekomunikasi dan media (RM16 juta),” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Sementara itu, MIDF Research berkata, pelabur institusi tempatan terus menjadi penjual bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan jumlah RM141.6 juta.
Sektor perkhidmatan kewangan menyaksikan aliran keluar bersih tertinggi daripada kumpulan pelabur ini berjumlah RM139.7 juta.
Pelabur runcit tempatan pula beralih kepada penjual bersih ekuiti domestik, berjumlah RM383.3 juta, berbanding pembelian bersih sebanyak RM24.3 juta pada minggu sebelumnya.
“Dari segi pergerakan pelabur, terdapat peningkatan yang ketara dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur runcit tempatan (44.8%), pelabur institusi tempatan (22.6%) dan pelabur asing (50.8%),” ulasnya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Jan 08 2024
Menurut MIDF Research, sektor yang mencatatkan aliran masuk asing tertinggi adalah utiliti (RM208.9 juta), perkhidmatan kewangan (RM156 juta) dan hartanah (RM126.9 juta). - Foto DagangNews
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).
Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.
MIDF Research unjur ringgit lebih kukuh pada 2024
MIDF Research menjangkakan ringgit akan mengukuh tahun ini apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengubah pendirian dasarnya untuk menurunkan kadar faedah.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.
Pasaran buruh meningkat, kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus - MIDF Research
Pasaran buruh Malaysia meneruskan trend yang bertambah baik memandangkan kadar purata pengangguran dijangka kekal pada 3.4 peratus tahun ini.